Thursday, September 28, 2006

Players,

Satu perlawanan persahabatan bolasepak akan diadakan sebelum menyambut Ramadhan Al-Mubarak:

Tarikh: 22/09/06 (Jumaat)
Waktu: 5.30 – 7.30pm
Tempat: Pdg Bolasepak PJ Old Town (berdekatan stadium hoki kt Assunta PJ) *map akan diberitahu

Sila bwk sendiri:

- stoking
- seluar pendek
- boot

Sila berkumpul di lobi dlm 5.10pm!

Keputusan perlawanan : Jabatan Kimia (3) vs eBlast Fc (3)
Pemain eBlast Fc yang menjaringkan gol ialah :

Zaki (2 gol )
Taib (1 Gol)
Friendly match B4 Ramadhan Al-Mubarak..

Date : 21.09.06 (Thursday)
Time : 6-7pm
Venue : Soccer XL Segambut
Team : eBlastfc vs OBU

Keputusan : eBlast Fc menang dengan jaringan tak terkira ...

Wednesday, September 20, 2006



Assalamualaikum dan selamat pagi,

Keputusan Perlawanan :

Goal Team Fast Team
CBU (1) vs LNG (4)
Shamsul Fansury (1) Izzam (3)
Rizaudin (1)

Gincu Team Furious Team
CBU (2) vs LNG (4)

Senarai pemain Chemical Business Unit :

'Goal' team
Lotfi (Capt)
Abdul Latif
Alif Aiman Bosley
Capt. Abdul Rahman
Capt. Loo Eng Chuan
Zakaria
Rizal
Shamsul Fansury
Aswazi
Zazali

"Gincu" team
Roziyah (Capt)
Zaramurini
Norliza Ishak
Naddia M Azizis
Luhaiyati M Jamil
Siti Mariam Awang Lah
Norhayanni Abd Rahman



Senarai pemain LNG Business Unit :

Fast Team
Adam (C)
Mr. Guna
Rizaudin
Izzam
Byram
Muzri
Iijima-san
Zulkifli
Bahri
Asraf

Furious Team
Ayus (C)
Ain
Nazriah
Marziana
Aishah
Rossita
Norlina
Fiza


Sebelum memulakan bicara, terima kasih diucapkan kepada Masrizal (pengurus pasukan CBU) dan Muzri (Pengurus pasukan LNG) yang telah berjaya menjadikan perlawanan persahabatan CBU dan LNG ini sesuatu yang menarik dan hebat.Pihak CBU ingin memohon maaf kerana SGM CBU tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa ke London semalam atas urusan perniagaan.Aktiviti futsal in berjaya kerana dihadiri oleh daripada VP,SM,Capt, Exec dan kerani.Secara peribadi saya begitu gembira dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan.Semangat berpasukan juga boleh dipupuk dalam aktiviti sukan malahan boleh dibawa ke tempat kerja.

Perlawanan bermula pada pukul 6.15 petang kerana beberapa pemain masih terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
LNG BU tampak garang semasa sesi memanaskan badan.Kehadiran VP LNG Mr Guna "membakar semangat" semua pemain LNG BU.Sedikit sebanyak memberikan semangat juang.Jikalau dilihat dari atas kerja sememangnya CBU pasukan yang mantap kerana diwakili oleh ramai ahli sukan MISC.

LNG BU dibarisi oleh penjaga gol mantap iaitu Zul dan pertahanan pula oleh Mr. Guna, Muzri dan Iijima-san.Barisan tengah pula oleh Rizaudin,Byram dan Adam.Penyerang pula adalah Izzam.Pertahanan yang mantap serta "clearance" bola yang bagus menyukarkan pasukan CBU untuk menebusi benteng pertahanan.Gandingan barisan tengah pula banyak dikuasai oleh Adam selaku perancang utama.Penyudahnya ialah Izzam yang masih mengekalkan cara dia bermain yang selalu mengucar-kacirkan pertahanan CBU.Strategi LNG BU memang bagus.Semua pemain berada di posisi masing- masing bertahan dan bila menyerang bahagian tengah akan naik ke atas dan balik semula ke posisi asal.LNG BU mempunyai ramai pemain yang berbakat sebenarnya.Namun atas alasan komitment kerja dan keluarga menyebabkan masa untuk bersukan agak terhad.Sukan mampu menjana minda dan kesihatan badan perlu dijaga.Kehidupan perlulah seimbang.LNG BU beruntung kerana daripada VP LNG Mr Guna merupakan bekas pemain hoki MISC,GM Haslam juga peminat sukan futsal,Iijima-san Director ALT dan SM Adam pula peminat sukan futsal jadi tak mustahil anak buah pun mengikut jejak mereka untuk bersukan.Kerjasama dan semangat yang ditunjukkan memberi lebih inspirasi sehingga mampu menumpaskan CBU yang diwakili oleh ramai pemain @ ahli sukan MISC. Semangat itu penting.

CBU memang gah di atas kertas. Tapi kombinasi dan persefahaman masing kurang.Malah beberapa kali penjaga gol berdepan satu lawan satu.Namun atas kecekapan Latif beliau telah menyelamatkan beberapa sepakan "maut" dari pemain LNG BU. Terima kasih Capt Loo, Capt Rahman (baru habis kursus di Nikko terus pergi main Futsal ),Zazali,Aswazi, Shamsul Fansury penyerang yang menjaringkan gol tunggal,Masrizal,Lotfi dan Zakaria kerana menyokong aktiviti futsal ini.
Zazali walaupun tak pernah bermain futsal pun turut mencuit hati dengan pelbagai teknik tendangan rahsia beliau. Capt Loo 2 kali jatuh kerana cuba mengawal bola dan mengalamai kecederaan dilutut.Capt Rahman datang 15 minit selepas perlawan bermula kerana beliau menghadiri kursus di hotel Nikko tetapi atas semangat kesukanan beliau cuba mengejar masa untuk bermain Futsal bersama CBU.Strategi CBU tersilap kerana banyak melakukan serangan tetapi tidak sempat balik ke kawasan sendiri.Pelbagai cubaan rembatan kencang namun penjaga gol Zul berjaya mengawal keadaan.Gandingan Capt Loo, aswazi,Shamsul dan Lotfi masih tidak mampu menembusi benteng pertahanan LNG BU.Namun berjaya memgucar - kacirkan pertahanan LNG BU.Saudara Masrizal cedera semasa perlawanan persahabatan semalam.

Oleh kerana kombinasi inilah terbentuknya eBlast Fc yang pasukan dianggotai oleh bahagian depan oleh LNG BU dan pertahanan oleh CBU.Maka ini menjadikan eBlast FC antara pasukan yang paling aktif bermain futsal,badminton dan aktiviti yang lain.eBlast FC juga disertai beberapa pemain dari dept lain.Maklumat tentang eblast Fc di www.eblastfc.blogspot.com Segala maklumat @ aktiviti akan disimpan di sana.

Terima kasih kepada penganjur, LNG BU kerana menyediakan pisang dan air sarsi untuk menggantikan tenaga yang telah hilang.Kesimpulannya ialah sebenarnya MISC mempunyai ramai bakat yang terpendam cuma tidak berpeluang untuk diketengahkan.Maka kami di eBlast FC akan cuba mengcungkil bakat anda dan akan membantu anda untuk diketengahkan ke bakat MISC di Karnival Keluarga Petronas 2007 akan datang.

Semoga dengan adanya aktiviti sukan ini dapat menjalinkan hubungan antara pihak atasan dengan pihak bawahan.

Terima kasih kepada semua pemain yang menjayakan perlawanan persahabatan diantara LNG BU dan CBU ini.Semoga di masa akan datang kita akan bekerjasama lagi bagi memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara ahli.Mungkin selepas ini kita akan mengadakan aktiviti Bowling atau sebarang aktivit lain bersama.
Jalinan ini harus kita kekalkan ke arah MISC "Global Champion".

Sebarang pertanyaan atau anda ingin kemukan cadangan untuk aktiviti lain sila hubungi :

1 Muzri (LNG BU) ext 3238 muzriabdullah@petronas.com
2 Masrizal (CBU) ext 2484 masrizal@miscbhd.com

Sekali lagi .Terima kasih kepada CBU, LNG BU dan pemain - pemain import dari dept lain yang menjayakan perlawanan persahabatan Futsal CBU dan LNG BU ini.

P/s: Kepada pasukan perempuan - harap maaf saya tidak dapat membuat ulasan...kerana tidak menyaksikan perlawanan tersebut... ada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan ulasan ...amatlah dialu- alukan.

Pengarang,
Alif Aiman Bosley
Operation Dept
Level 22, Chemical Business Unit
MISC Berhad
Tel : 03-2275 2141
Fax : 03-2275 2024
Email : alifaima@miscbhd.com

Saturday, September 02, 2006















Catatan siri pertama eBlast Fc ke Berkelah , Maran Pahang pada Merdeka 2006 ke 49


Assalammualaikum,

Bertemu kita dalam catatan siri pertama eBlast Fc ke Berkelah , Maran Pahang. Seperti mana yang kita maklum eBlast FC adalah satu- satunya pasukan di MISC Berhad yang sering melibatkan diri dalam aktivit seperti menderma darah, sukan futsal, bola sepak dan jamuan gathering di bulan puasa. Penubuhan eBlast FC pada mulanya lebih kepada aktiviti sukan tetapi memandang hubungan silaturahim yang erat diantara ahli telah timbul idea untuk aktiviti sukan outdoor.Pada bulan Puasa tahun lepas, eBlast Fc buat pertama kalinya mengadakan jamuan berbuka puasa di Restoran Nelayan Titiwangsa.Tahun ini jamuan berbuka puasa akan dirancangkan sepenuhnya oleh ahli eBlast FC sendiri yang diketuai oleh saudara Muzri.

Aktiviti : Camping 2D/1N Air Terjun Bekelah, Maran Pahang
Tarikh : 31/08 - 01/09/06 (Khamis-Jumaat)


Catatan Perjalanan Projek 1 : Siri Jelajah Berkelah, Maran Pahang.

Jarak dari KL ke Berkelah lebih kurang 180 km dan seramai 8 org iaitu :

Muzri ( Ketua & Penyelaras)
Azme ( Juru pandu arah)
Brader Lan( Juru pandu arah)
Imal (Anak Brader Lan)
Zaki
Azral
Azmi @ Berong
Bosley

5.00 Pagi - 31/08/06
Pasukan kami bertolak dari KL menuju ke Maran Pahang.Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Perjalanan ini kami menggunakan jalan yang agak jauh iaitu melalui Gambang.Sepanjang perjalanan kami melalui KUKTEM dan PSDC pahang.Permandangan di kiri kanan jalan memang menarik terutama melalui jalan Highway.Pada pukul 7.30 kami sampai di Berkelah dan bersarapan di restoran Shafiqah.Selesai sarapan kami menaiki lori selama 20 minit melalui jalan yang agak berlubang. Menurut Azme (jurupandu) - dahulu jalan ini belum wujud lagi dan mereka meredah anak sungai untuk sampai ke kem base di berkelah yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Namun dengan adanya jalan ini yang dibuat oleh four wheel drive team akhirnya daripada denai menjadi jalan yang agak selesa dan sesuai dimasuki dengan kenderaan.
Kami sampai di check point pertama berkelah.Agak terkejut juga kerana di situ terdapat tempat reakreasi yang lengkap dengan bilik persalinan, tandas, jalan bertar dan kemudahan parking kereta yang bertar.Pasukan kami terserempak dengan satu kumpulan lain seramai lebih kurang 20 org. Kami tidak melengahkan masa dan terus mendaki ke kem base kerana cuba untuk mendapatkan tempat yang selesa di kem base pertama.Azme selaku juru pandu membawa kami ke lokasi kem base tersebut. Masa perjalanan yang diambil lebih kurang 40 minit.Setelah sampai disana, ternyata permandagan memang indah dan ada kolam yang cantik .Tanpa membuang masa kami terus membersihkan kawasang sekeliling, memasang khemah dan menyediakan makanan untuk makan petang.Menu ayam goreng cendawan dan ayam cendawang yang di bakar dalam aluminium foil betul - betul membuka selera kami oleh chef terjun Bosley. Berong pula ditugaskan memasak air dan membancuh teh sepanjang camping.Selesai makan dan menyusun barang kami mula melakukan aktiviti yang ditunggukan iaitu berendam.

Malam 31/08/06
Disebelah malamnya pula kami saling membantu untuk menyediakan makan malam. Azmi ditugaskan memasak nasi, azral + bosley + zaki memanggang ayam sebanyak 2 ekor hasil resepi muzri.Berong pula menyediakan minum malam dibantu oleh muzri. Makam malam yang agak mewah juga.Selera makan yang agak berselera.Siap dua kali tambah...hahahaaaa itu lah nikmat camping sebenarnya.Pada pukul 9.00 malam Bosley dan brader Lan menyelam ke lubuk ikan berhampiran sambil dibantu oleh zaki dan muzri.Kami hanya mendapat ikan lebih kurang 8 ekor sahaja dan ikan yang agak kecil.Manakala azmi+azral dan berong menyediakan minum teh panas untuk menahan badan yang kesejukan selepas menyelam.Kami agak bernasib baik kerana malam itu hujan turun renyai - renyai sahaja tetapi masih merasa tempias hujan.

Pagi 7.00 - 01/09/06
Awal - awal pagi berong pergi menjerang air teh untuk dan zaki dengan resepi nasi gorengnya muzri pula mengoreng bihun dibantu oleh azral untuk sarapan pagi kami.Bosley pula menyediakan bihun untuk dimakan di kawasan tadahan air terjun berkelah.Pada pagi itu kami bercadang untuk naik ke kawasan air terjun berkelah pada pukul 9.00 pagi.Selesai sarapan, kami terus bertolak ke kawasan tadahan air terjun berkelah. Perjalanan yang mengambil masa sejam.Sepanjang perjalanan kami menemui ada 10 kawasan kolam yang luas dan agak dalam.Kami bercadang untuk terjun setiap kolam apabila dalam perjalanan balik nanti.Kami juga berjumpa dengan kumpulan lain yang camping di berkelah.Apabila sampai di kawasan tadahan air terjun berkelah kami berjumpa dengan kumpulan yang mula- mula kami temui pagi semalam.Tanpa membuang masa kami terus terjun ke kolam. Terasa sejuk air kolam di berkelah yang menyegarkan badan. Kami juga sempat minum air dari kolam tersebut. Rasa air yang yang agak sedap- seperti mineral water RO. Kami mandi di sana sehingga pukul 2.30.Badan yang penat berjalan terasa segar malah lebih bertenaga.Ketinggian Air terjun berkelah berkemungkinan setinggi 9 tingkat bangunan. Kami dikejutkan dengan kedatangan kumpulan yang ketiga pada hari itu dari UITM Shah Alam - pelajar jurusan Senibina.Difahamkan ada lagi kumpulan kedua iaitu pelajar jurusan Kejuruteraan yang akan menyusul.

Setelah puas mandi, kami pun bertolak balik ke kem base kami.Jam waktu itu menunjukkan pukul 2.30 petang. Cuaca yang agak cerah dan angin sepoi - sepoi bahasa yang bertiup betul- betul mendamaikan fikiran setelah penat bekerja.Kami sempat terjun ke 6 kolam daripada 10 kolam memandang kerana terdapat kolam yang agak luas tetapi nampak cetek, arus air yang agak deras dan faktor ketinggian. Kami sempat terjun ke dalam 2 kolam yang agak tinggi lebih kurang 1 1/2 tingkat bangunan.Memang satu pengalaman yang agak menyeronokkan.Walaupun pada mulanya agak timbul rasa takut tetapi apabila telah membuat terjunan hilang rasa takut malah mencuba sehingga 3 kali.Setelah sampai di kem base kami, kami mandi lagi dan berjemur diatas batu sehinggakan azral + zaki dan bosley tertidur di atas batu yang panas.Bila terjaga dari tidur, kami terus terjun ke dalam kolam.

4.30 petang 01/09/06
Kami mengemaskan barang - barang dan kemas. Sampah kami kumpulkan dan dibawa turun ke check point dimana lori yang menghantar kami semalam menunggu.Pada pukul 5.06 petang kami memulakan perjalanan menuruni bukit yang mengambil masa selama 30 minit.Setibanya di check point pertama, kami mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar beramai - ramai. Juru gambar adalah pemandu lori tersebut.

Pengalaman camping di berkelah selama 2 hari 1 malam adalah pengalaman yang menarik dan indah tentunya sukar dilupakan.Kepada ahli eBlast Fc yang lain, sekiranya nya anda berminat untuk camping - saya cadangkan berkelah adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi walaupun bersama keluarga anda. Kemudahan trek pun disediakan walaupun tak banyak.

Info :
Kadar Tol
Tol Gombak ke Tol Karak : Rm 4.00
Tol Karak ke Tol Bentong : Rm 2.50
Tol Bentong ke Tol Maran : Rm 11.70

Minyak
Lebih kurang Rm 70 satu kereta ( pergi dan balik)

Cara untuk ke Air Terjun Berkelah :
1 Anda boleh melalui Tol Gambang - namun agak jauh sedikit
2 Anda boleh melalui Tol Maran - jalan yang di syorkan - agak dekat
3 Anda boleh menggunakan bas yang menghala ke kuantan tetapi kena berhenti di tepi highway berdekatan dengan berkelah. Dari highway mengambil 15 minit berjalan kaki ke check point di berkelah (pintu gerbang selamat datang ke berkelah) * rujuk pada "Bas".

Kereta:
Kepada yang menggunakan kereta ke sana , anda boleh parking kereta anda disebelah restoran Shafiqah.Parking kereta di sana adalah percuma yang mana boleh memuatkan sehingga 10 kereta. Bersebelahan dengan restoran tersebut ada Masjid Kg Gelugor.

Bas :
Bas Ekspress Plusliner dr Puduraya to Kuantan around 2 hrs (Rm34.00 pergi & balik) & Local feeder dr Kuantan to Maran 30min (Rm8.00 pergi-balik),also standby Rm8.00 (pergi-balik) utk angkut equipment/masuk dlm hutan naik pickup…all trip include Rm50 jer

Liputan telefon :
Semasa di berkelah anda tidak perlu risau kerana kedudukan berkelah berdekatan dengan higway ke kuantan. Oleh itu celcom dan maxis - liputan adalah penuh. ( Fullbar) - cuma pastikan bateri hp anda dicas penuh sebelum bertolak.

Barang - barang yang perlu dibawa semasa camping:
1) Pinggan plastik
2) Cawan/gelas plastik
3) Sudu & garfu
4) Pisau
5) Lampu
6) Beras 2 pot
7) Sleeping bag or Floor Mat
8) Bantal plastik
9) Sandal
10) Makanan ringan
11) Air botol mineral or 100plus* utk minum waktu trekking
12) Goggle
13) Makanan
14) Minuman
15) Arang
16) Khemah
17) Lampu khemah
16) kuali/sudik
17) periuk
18) jaring bbq
19) Dapur mini
20) Minyak masak
21) Teko
22) Belerang
23) batu lilin (untuk hidupkan api kerana kawan tersebut susah nak cari kayu api)

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi email dibawah :

Muzri (ketua pasukan) - muzriabdullah@miscbhd.com
Azme (Jurupandu) - azmeam@miscbhd.com

Catatan oleh :
Bosley (eBlast FC)
Chemical Business Unit
MISC Berhad
Email : alifaima@miscbhd.com
Selamat Datang ke Blog eBlast FC - MISC Berhad.Sebarang komen amatlah dialu-alukan.Semoga dengan catatan lengkap ini dapat membantu kumpulan lain yang ingin ke tempat yang telah kami kunjungi.